Sunday, October 23, 2011

Senyum Itu Penyembuh Duka

Sebelum baca kena senyum dulu..okey!


Tarikh: 22 Oktober 2011
Tempat: Pizza Hut Taman U,JB


Hari tu kak Zureen belanja aku makan pizza...sebab aku teman dia pergi tengok konvo kawan dia..
Hari tu jugak hari yang sedih buat aku sebab masa tu aku ade masalah dengan Encik Boifren..
Kak Zureen banyak bagi nasihat melalui pengalaman dia..
Yang penting walaupun kita ade masalah..Kita mesti tetap tersenyum..
Supaya dapat menghilangkan beban masalah yang kita hadapi..
Kalau tak percaya cuba lah..okey!

Ini ada sedikit kata-kata untuk menaikkan semangat kita bila menghadapi masalah..
Ingat, sambil baca,jangan lupa senyum okey!


Sebesar mana pun masalah yang kita hadapi..Ingat lah bahawa ada orang yang menghadapi masalah yang lebih besar dari kita..Kita jangan lupa bahawa sebaik-baik tempat mengadu adalah kepada-Nya..Bila kita mengadu pada-Nya..Insya-Allah Dia kurangkan rasa beban masalah kita..Jika kita rasa ujian yang kita hadapi itu terlalu berat,maka sebenarnya kita adalah orang kuat kerana Tuhan tidak akan menguji  hambanya diluar kemampuan hambanya..

So, akhir sekali..Pesanan yang sama macam yang kat atas sekali..
Walau ape pun masalah yang kita hadapi..Jangan lupa..Senyum itu penting!
PEACE!!


Sekian, wassalam..(^___^)

p/s: setiap masalah yang kita hadapi sebenarnya mendewasakan diri kita ..

No comments: